Pembantu profesor untuk program sains marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri itu mungkin spesies sotong yang hidup di laut dalam atau ia adalah spesies ikan todak yang besar.
Difahamkan, bola mata gergasi itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan semasa dia bersiar-siar di sepanjang pantai Pompano utara Fort Lauderdale pada Rabu lalu.
Menurut Heather, perubahan suhu dunia turut memberi kesan kepada laut dan keadaan tersebut mungkin telah menyebabkan kemunculan beberapa spesies hidupan laut dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pesisir pantai.
"Kanta bebola mata objek misteri itu menyerupai bentuk mata sotong di laut dalam.Ia boleh membesar seperti saiz sebuah bola sepak. Misteri bola mata gergasi tersebut akan terjawab selepas kami selesai menjalankan kajian ke atasnya di Institut Penyelidikan Hidupan Liar dan Akuatik Florida di St Petersburg," jelasnya.
Post a Comment
Komen Anda