Hatim Kadim Salman, membina pesawat yang dinamakan Diyala 1 itu dalam bandar Muqdadiyah, kira-kira 96.5 kilometer, utara Baghdad. Salman, 59, memberitahu, helikopternya amat murah berbanding pesawat Apache Tentera Udara Britain yang menelan kos $20 juta (RM60 juta) untuk setiap unit.
Namun, Diyala 1 hanya memiliki dua bilah kipas berbanding Apache yang dilengkapi empat bilah kipas di atasnya. Malah, helikopter tempatan itu tidak dilengkapi kelengkapan senjata pesawat tentera udara Britain yang memiliki kemudahan senjata lengkap termasuk peluru berpandu anti kereta kebal dan udara.
Walau masih belum siap sepenuhnya, Salman yakin Diyala 1 mampu menjadi penyumbang kepada keamanan negara.
Post a Comment
Komen Anda