من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, December 7, 2012

Pakar Antivirus AS Ditahan Di Guatemala


[HM] GUATEMALA CITY: Polis Guatemala menahan pakar perisian Amerika Syarikat (AS), John McAfee, semalam kerana memasuki negara itu secara haram.

Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla, berkata Guatemala akan mengusir McAfee ke negara jiran, Belize, kerana dia dikehendaki untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan jirannya. McAfee, 67, bersembunyi selama tiga minggu sebelum memasuki Guatemala bersama teman wanitanya berusia 20 tahun bagi mengelak ditahan polis Belize.

Dia dianggap “individu berkepentingan” dalam kes kematian seorang warga AS, Gregory Faull.
Menurut Bonilla, McAfee ditahan polis Guatemala dan anggota Interpol di hotel Intercontinental di Guatemala City.

Menjadi seorang daripada usahawan pertama Lembah Silikon di AS, McAfee mengumpul kekayaan melalui perisian antivirus yang kini dikenali dengan namanya sendiri.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...