-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Monday, January 14, 2013
Asal Usul Perkataan 'Assassins'
[FB] Apakah itu Gerakan Hashashin (Assasins)? Ia adalah Gerakan Syi'ah Batiniah bersikap Terroris diasaskan pd tahun 483 H di kawasan pergunungan Selatan Laut Caspian. diasaskan oleh: - Ahmad bin Abdul Malik bin 'Attash (ketua di Kubu Isfahan) -Al-Hasan bin Muhammad bin Ali al-Sobbah (Hasan-i Sabbah); Ketua Kubu Alamut.
Ia ditubuhkn setelah tumbangnya kerajaan-kerajaan Syi'ah Batiniah, Fatimiah Mesir dan Qaramitah Bahrain di tangan kesultanan Bani Seljuq bagi meneruskan gerakan Ajaran Kufur Batiniah.
Tugas Gerakan ini adalah:
Membunuh pemimpin-pemimpin Politik Sunni dan mereka berjaya menculik serta membunuh Khalifah al-Mustarsyid, Khalifah al-Raasyid, Sultan 'Imad al-Deen Zanki, al-Amir Maudud bin al-Tuntakin, Sultan Mosul Nizamul Mulk, Menteri Besar kesultanan Seljuq, serta cubaan bunuh yang gagal terhadap Sultan Salahuddin al-Ayyubi.
Selain itu juga, mereka merompak dan bersubahat dengan musuh-musuh Islam dengan membuat onar dalam negeri-negeri Islam. Gerakan ini hanya tamat semasa penjajahan Moghul ke atas negara-negara Islam (kurun ke-7 Hijrah).
Posted by Restoran Mee Udang D' Tanjung at 3:55 PM
Asal Usul Perkataan 'Assassins'
2013-01-14T15:55:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda