من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Monday, March 11, 2013

KISAH HABIB DAN PEMUDA

Gambar: Kota Tarim, Hadramawt
[FB] Diceritakan ada seorang pemuda yang tertanya-tanya dan syak kenapa para wali itu yang dikatakan zuhud tetapi mereka memiliki kereta mewah, rumah yang besar dan bertingkat-tingkat dan sebagainya. Lalu pemuda ini pergi berjumpa dengan salah seorang habib untuk menanyakan hal tersebut. Tanpa mengetahui akan nyata habib itu sebenarnya seorang yang kasyaf, walhasil habib itu mengetahui akan hasrat pemuda ini.

Tatkala pemuda itu sampai ke rumah habib, dipelawanya masuk ke dalam rumah dengan ramah dan penuh hormat. Belum pun sempat duduk, pemuda tadi diberikan satu cawan teh dan dipelawanya oleh habib untuk mengikuti beliau. Lalu mereka menaiki kereta mewah habib itu untuk pergi ke suatu tempat. Mereka mula bergerak di dalam satu kereta menyusuri lorong-lorong yang berbatu (waktu itu jalan tar belum ada) dan jalan itu juga berliku-liku. Pemuda tadi bersungguh-sungguh memegang secawan teh tadi agar tidak tertumpah di dalam kereta mewah si habib. Dia takut akan merosakkan atau mencacatkan dalaman kereta mewah si habib. Pemuda tadi berusaha mengimbangi air teh di dalam cawan itu sehingga dia gelisah dan berpeluh-peluh. Maklumlah, kereta itu berayun dan terloncat-loncat seperti kuda dek kerana jalan yang dilalui tidak rata malah berbatu dan berlubang.

Orang-orang (penduduk kota) yang lihat pemuda tadi di dalam kereta mewah habib yang melintas di hadapan mereka berkata dan ada yang berbisik; "Beruntunglah wahai pemuda, boleh naik satu kereta dengan habib dan bersiar-siar pula." Sedangkan orang-orang yang melihat tidak mengetahui keadaan sebenar pemuda itu di dalam kereta habib. Berpeluh dan gelisah kerana berusaha menjaga secawan teh agar tidak tumpah ke dalam kereta habib.

Tatkala sampai ke destinasi yang hendak ditujui, maka turunlah mereka dari kereta. Barulah lega hati si pemuda itu. Lantas habib itu terus berkata; "Semacam itulah engkau sangka padaku seperti keadaan orang ramai melihatmu dalam kereta mewah, sebenarnya engkau tidak tahu hubunganku dengan Allah seperti keadaanmu tadi di dalam kereta." Usai berkata, habib tadi tersenyum.

Terkejut si pemuda tadi dengan kata-kata habib itu lalu dia insaf dan memohon maaf di atas syak dan sangkaan buruknya terhadap sekalian wali.

Allahu Robbi..


(Petikan tausyiah di Dar Al Mustafa, Tarim, Hadramawt, Yemen)
  Nota: 'Habib' yang dinyatakan di dalam cerita ini bukanlah Al-Habib Umar Al-Hafidz.



Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...