LIANG YUXIN dari Xia Mei, selatan China meluahkan semula seekor ikan emas yang sudah ditelannya baru-baru ini. |
Liang yang berusia 25 tahun turut meluahkan semula barang kemas yang sudah ditelannya."Saya mendapati saya boleh melakukannya (meluahkan barang yang ditelan). Semasa saya seorang budak, saya tertelan bola secara tidak sengaja dan saya kemudian mendapati saya boleh meluahkannya semula," kata Yuxin yang berasal dari Xia Mei.
Menurutnya, dia kini merancang untuk mendaftar namanya dengan Guinness World Records bagi kategori menelan duit syiling. "Rekod itu kini dipegang oleh seorang lelaki di Britain dengan sepuluh duit syiling dan saya boleh melakukan dengan menelan 11 duit syiling," katanya.
Post a Comment
Komen Anda