-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Monday, January 10, 2011
Siapa nak Macho & Comel angkat tangan..
PETUA AWET MUDA
** sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi….masukkan air ke dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati….kemudian baru diteguk…air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi…
** Baca ayat 35-38 surah AL~WAQIAH setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala…
** Setelah solat subuh…bacalah surah YUSUF kemudian minum 3 teguk air suam…muda-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda….
** Setelah itu lakukan senaman ringan…hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput…..geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun…
** Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin…..khamis dan jumaat…mulakan memotong dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri…amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat..
** Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat NABI di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti NABI YUSUF…amalkan setiap pagi….
** Ketika makan janganlah disulam dengan minum air….minumlah setelah setengah jam selepas makan..
** Rajin-rajinlah membaca AL-QURAN dengan niat ikhlas hanya pada ALLAH…
** Amalkan solat Tahajjud
** Maafkan semua orang sebelum tidur…..aduhai ini yang paling payah sekali…
Siapa nak Macho & Comel angkat tangan..
2011-01-10T11:55:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
Dakwah|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda