من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, January 15, 2011

Lamar kekasih dengan baju

FERGUSON memakai baju-T yang menyebabkan
kekasihnya menerima lamaran berkahwin.

 
[Kosmo] CARDIFF - Seorang lelaki, Dan Ferguson memakai baju yang tertera perkataan cinta untuk melamar kekasihnya, Caroline Thomas, lapor sebuah akhbar semalam. Ferguson mendapat ilham itu selepas menonton filem-filem kegemaran kekasihnya seperti Love Actually lakonan Andrew Lincoln dan Keira Knightley.

Dia merakamkan gambar dirinya memakai baju yang tertera ayat iaitu 'Sudikah Anda Berkahwin Dengan Saya' dan menggantikan adegan Andrew melamar Keira dalam cakera padat digital (DVD) dalam filem Love Actually.
Caroline yang melihat DVD itu kemudian mengambil pen dan menulis 'ya' di bawah baju-T yang tertera ayat tersebut.

Pasangan itu yang tinggal di Cardiff merancang untuk berkahwin pada tahun depan."Saya perlu mengaku bahawa saya amat gementar kalau-kalau dia menolak lamaran saya," kata Ferguson

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...