من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, February 1, 2011

Bahaya!!! KOSMETIK YANG MENGANDUNGI RACUN




KENYATAAN AKHBAR

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk-produk kosmetik berikut:




Notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan Racun Berjadual sama ada mengandungi tretinoin dan atau hydoroquinone di dalam produk tersebut.

Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ianya boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidak selesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari. Manakala hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif.

Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (dipigmentasi). Proses dipigmentasi mengurangkan perlindungan keatas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. Dipigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran /penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahankesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

12 Mei 2010

sumber

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...