من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, February 2, 2011

Pelik : POTONG RAMBUT JATUH SAKIT


[PO] Siapa sangka, seorang lelaki dari pekan kecil Kien Giang, Selatan Vietnam terpaksa menyimpan rambutnya sepanjang 5.6 meter kerana khuatir ditimpa sakit.

Tran Van Hay, 79, menyimpan ram­butnya selama 50 tahun sejak rambutnya dipotong ketika berusia 25 tahun. Dia jatuh sakit bila rambutnya dipotong. Menurut Hay, sejak mengalami peris­tiwa itu dia me­ngalami fobia ketika memo­tong rambut. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk me­nyimpan rambut sam­pai ke akhir hayatnya.

“Sebelum ini saya pernah memotong rambut tetapi selepas potong saya jatuh sakit berminggu-minggu, Keadaan ini membuatkan saya takut potong ram­but,” ujarnya. Kali terakhir dia memotong rambut ketika berusia 25 tahun. Sejak itu dia tidak lagi berani potong rambut kerana khuatir ditimpa sakit berpanjangan.

Untuk memudahkan Hay bergerak ke mana-mana, dia menyimpul rambutnya ke atas dan membalutnya dengan kain untuk kelihatan kemas. Setiap tiga bulan katanya, dia mem­bersihkan rambutnya dengan syampu dan pewangi bagi mengelakkan berbau. Dia mengambil masa hampir lima jam mem­basuh rambutnya dan tiga hari untuk menge­ringkan rambutnya.


Hay yang bekerja sebagai petani kam­pung banyak menghabiskan masa lapang di rumah membetulkan rambutnya yang kusut dan membantu isterinya melakukan kerja rumah. Isteri Hay, Nguyen Thi Hoa, 75, banyak membantu Hay membaiki rambutnya yang kusut di masa lapang. Mereka mempunyai lima orang anak yang bekerja sebagai petani.

Sekitar tahun 2004, Hay pernah me­menangi anugerah Guinness World Book of Records menewaskan saingannya dari China, Xie Qiuping, 78 tahun.

Qiuping mempunyai rambut panjang berukuran 5.3 meter. Dia tewas 0.3 meter panjang dari rambut Hay. Anugerah itu menjadikan Hay, lelaki mempunyai rambut paling panjang di dunia. Hay meninggal di rumahnya ketika berusia 79 tahun. Dia menghidapi penyakit barah yang dideritainya sejak berusia 52 tahun. Kini, nama Hay tinggal dalam ke­nangan.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...