من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Tuesday, April 19, 2011

DUIT BANYAK HATI TAK TENTERAM


[PO] AMIN (bukan nama sebenar) bergelar orang kaya baru dalam sekelip mata. Dia memiliki kira-kira RM60,000 apabila nombor taruhan empat nombor ekor yang dibelinya menang hadiah pertama.

Hadiah sebanyak itu amat besar ertinya bagi seorang buruh kasar di sebuah jabatan kerajaan. Gajinya tidak sampai RM800 sebulan. Mana cukup nak tampung keluarga. Setelah ditolak EPF dan Socso baki gaji Amin tinggal tak seberapa. Pendapatan ini amat sukar bagi Amin untuk menyara keluarga­nya seramai enam orang termasuk dirinya.

Lantaran sering tertekan dengan masalah kewangan mendorong Amin sekali sekala mencuba nasib membeli nombor ekor dengan harapan akan menang besar. Setelah bertahun-tahun mencuba tidak pernah mengena, akhirnya pada hari itu Amin terlihat di sebuah akhbar berbahasa Inggeris nombor yang dibelinya menang hadiah pertama.

Dia betul-betul terperanjat bercampur gembira. Hah, nombor aku dah kena! Aku kaya…. aku kaya! Hati Amin betul-betul riang. Bagi Amin, dosa berjudi soal kedua, yang penting dia perlu dapatkan banyak wang untuk meringankan beban hidup yang ditanggungnya selama ini.

Sebagai ketua keluarga dia perlu bereskan berbagai perbelanjaan, termasuklah simpanan untuk persekolahan anak-anaknya serta melangsaikan hutang di kedai runcit dan berbagai lagi. Duit taruhan nombor ekor itu membuatkan Amin betul-betul gembira. Dia sudah mampu senyum memanjang. Malah sewaktu sibuk menyodok sampah sarap dalam longkang bersama rakan sekerjanya pun Amin tak henti-henti senyum.

Tapi ‘tuah’ itu dirahsiakannya dari penge­tahuan semua pihak termasuk isterinya. Dia juga tidak belanja besar kerana dia betul-betul memerlukan wang untuk meringankan pende­ritaannya sekian lama.

Setelah ditolak berbagai perbelanjaan mustahak Amin menyimpan bakinya di bank dan mengeluarkannya bila benar-benar perlu. Lantaran itu, dia tidak perlu lagi berfikir mencari duit tambahan bagi bayar hutang dan belanja sekolah anaknya.

Amin bernasib baik kerana dibenarkan tinggal di rumah kakitangan jabatan kerajaan secara percuma, jadi masalah sewa rumah tak perlu difikirkannya.Walaupun ada banyak duit tapi sebagai seorang Islam dia tidak pernah abaikan solat. Dia juga tidak pernah ponteng puasa bulan Ramadan. Sekali-sekala dia mendengar kuliah agama atau tazkirah di surau dan masjid di kampungnya jika ada masa lapang.

Dengan ini Amin berpeluang menghayati sedikit sebanyak hukum agama. Dia tahu apa itu halal haram, pahala, dosa, amalan wajib dan sunat yang patut dikerjakan dan di­tinggalkan.Di samping itu, Amin juga meminati rancangan agama di TV atau radio, teru­tamanya soal jawab agama.

Setelah berbulan menikmati kesenangan hidup, akhirnya pada suatu hari Amin terdengar seorang peserta rancangan agama di radio bertanyakan penceramah jemputan petang itu berhubung duit tikam ekor.Amin sungguh terperanjat apabila ustaz memberitahu wang nombor ekor adalah wang judi dan tidak boleh digunakan membeli keperluan harian terutama menyara keluarga.

Kata ustaz, makanan daripada hasil wang itu haram dan tidak akan jadi darah daging turun temurun hingga ke anak cucu.“Memberi nafkah keluarga dengan wang judi adalah berdosa besar,” kata ustaz dengan jelas. Sejak mendengar jawapan ustaz dalam rancangan agama di radio hari itu hati Amin mula tidak tenang. Tidurnya juga tidak lena. Dia sering termenung dan tidak ceria seperti sebelumnya. Namun, Amin tidak ceritakan masalah ini kepada sesiapa.

Suatu hari Amin menemui seorang pegawai agama bagi mendapatkan kepastian.

AMIN: Assalamualaikum..

USTAZ: Waalaikumusalam, apa yang boleh kami bantu?

AMIN: Ya, saya ada masalah sikit, penting juga...

USTAZ: Boleh saya dengar?

AMIN: Begini, saya sebenarnya ingin dapat nasihat berhubung judi tikam ekor.

USTAZ: Ohh… begitu. Ya, kita boleh dengar tetapi kalau encik hendak penjelasan lebih lanjut kita boleh temukan encik dengan pegawai bertanggungjawab.

AMIN: Elok juga, tapi sebelum itu boleh ustaz dengar cerita saya ni sebelum ustaz bawa saya berjumpa pegawai berkenaan.

USTAZ: Elok tu, silakan...

AMIN: Saya telah kena nombor ekor. Duit tu banyak, saya nak tahu duit tu boleh tak saya beli makanan dan berbagai keperluan harian untuk keluarga saya?

USTAZ: Oh… macam tu. Sebenarnya duit judi tikam ekor tu haram. Sebagai orang Islam kita tidak boleh menggunakannya. Malah bermain judi itu pun sudah dikira berdosa, inikan pula guna duit tu untuk makan minum. Kes ni berat encik.

AMIN: (Mengeluh) Ohhhhh... habis macam mana saya nak buat dengan duit yang ada lagi tu?

USTAZ: Beginilah, saya bawa encik berjumpa bos saya. Dia boleh beritahu encik lebih jelas lagi. Silakan.

Amin dibawa berjumpa seorang ustaz yang bertanggungjawab mengenai kes-kes pendak­waan syariah untuk mendapat gambaran sejelas-jelasnya mengenai wang nombor ekor.

USTAZ: Perbuatan Encik Amin membeli nombor ekor itu satu kesalahan yang boleh dituduh di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri dan jika sabit kesalahan Encik Amin boleh dihukum denda RM 3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, oleh kerana pihak ber­kuasa agama tidak menerima sebarang aduan maka encik tidak diambil apa-apa tindakan. Amin terdiam. Dia jadi kaku apabila mendengar penerangan itu. Dia gugup seketika dan air mukanya gusar apatah lagi mendengar hukuman penjara itu.

USTAZ: Encik Amin jangan takut. Ber­tenang… dan fokuskan fikiran Encik Amin untuk mencari jalan daripada terus diselubungi dosa. Sekarang saya nak jelaskan.

Amin diberi kaunseling supaya mengetahui dengan lebih mendalam lagi akibat memakan duit judi itu dan hukum Allah ke atas mereka yang terbabit.Amin sungguh menyesal apabila diberitahu dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anak isterinya yang makan minum dari perbelanjaan wang judi itu.

Antara nasihat yang benar-benar meruntun sanubarinya ialah wang itu tetap haram, apatah lagi dia telah menggunakan duit itu untuk memberi makan minum anak isterinya tanpa pengetahuan mereka. Dalam jangka panjang semua makanan dari wang haram itu mengalir ke dalam tubuh insan kesa­yangan­nya.

Anak isterinya tidak bersalah kerana mereka tidak tahu, sebaliknya dia diper­tanggungjawabkan atas semua perbuatan itu kerana menjamu mereka dengan perbelanjaan hasil wang haram. Amin mengalir air mata sepanjang kaun­seling itu. Dia betul-betul menyesal. Serentak itu Amin bertaubat tidak akan melibatkan diri dalam kegiatan judi tikam ekor. Baki wang haram yang disimpannya itu sudah tak bermakna lagi.

“Duit itu tidak boleh diderma ke rumah kebajikan atau disedekah kepada fakir miskin.
“Begitu juga, wang itu tidak boleh beli rumah, kenderaan, melancong dan seba­gainya.
“Tapi kalau encik gunakan wang itu untuk membina jalan lebih baik,” kata ustaz.

Amin yang berazam membersihkan dirinya tanpa banyak bicara terus mengeluarkan semua wangnya. Dia mahu gunakan wang itu untuk menurap jalan ke rumahnya yang selama ini becak dan banyak berlubang. Amin harap jalan itu memberi kemudahan dan senang dilalui orang ramai.

Amin kini memilih menjalani kehidupan biasa menyara hidup keluarganya dengan wang gajinya sebagai buruh. Biarpun sikit tapi halal dan diberkati Allah.

AMIN: Saya telah kena nombor ekor. Duit tu banyak, saya nak tahu boleh tak saya guna duit tu beli makanan dan berbagai keperluan harian untuk keluarga saya?

USTAZ: Duit tikam ekor tu haram. Sebagai orang Islam kita tidak boleh menggunakan nya . Malah main judi itu pun sudah dikira berdosa, inikan pula guna duit tu untuk makan minum. Kes ni berat encik!

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...