-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Saturday, April 23, 2011
Turun gunung berapi guna basikal roda satu
[SH] OTTAWA - Berbasikal merentasi kawasan paling sukar dan terpencil di dunia kedengaran seperti cabaran yang besar tetapi cuba bayangkan jika aktiviti seperti itu dijalankan menggunakan basikal roda satu.
Itulah yang dibuat seorang penggemar aktiviti berbasikal lasak warga Kanada, Kris Holm yang mempunyai minat luar biasa menunggang basikal roda satu untuk menjelajahi Tembok Besar China dan menuruni puncak gunung berapi Licancabur yang berketinggian 6,000 meter di Bolivia.
Holm, 37, sudah melakukan penjelajahan merentasi beberapa kawasan permukaan dataran bumi yang paling sukar di dunia termasuklah Banjaran Himalaya, Bhutan dan gunung ketiga tertinggi di Amerika Utara. Dia mula menunggang basikal roda satu sejak berumur 12 tahun dan pernah memenangi beberapa kejuaraan basikal roda dunia termasuklah di Eropah pada 2005.
Turun gunung berapi guna basikal roda satu
2011-04-23T10:26:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
berita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda