من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Friday, January 13, 2012

Nak Cuba Resepi Kuih Dari Jepun ??......Klik Sini


[iLuvIslam] Croquette adalah sejenis snek berbentuk bujur dan kelihatan seperti nuget. Orang jepun memanggil coroquette sebagai korokke . Isi Croquette ialah kentang dan beberapa bahan lain. Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang susah makan, Anda boleh cuba menghidangkan Croquette untuk anak-anak anda.

Oleh itu, jom kita tengok bahan yang diperlukan untuk membuat croqutte.

Bahan-bahan :

3-4 biji kentang
seledri atau daun bawang yang dipotong halus
1/2 biji bawang Bombay yang dipotong halus
v150 gram ayam atau daging cincang
serbuk roti
cheese
2 biji telur yang dipukul
garam
lada sulah
minyak untuk menggoreng

Cara masakan :

01.Rebuskan kentang yang sudah dibuang kulit hingga lembut/empuk

02.Lenyekkan isi kentang yang lembut tadi di dalam mangkuk.

03.Panaskan minyak. Setelah minyak panas,tumiskan bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang dan kacaukan sehingga masak.Setelah itu, masukkan pula daun bawang atau seledri, garam dan lada sulah secukup rasa

04.Masukkan bahan yang sudah digoreng kedalam mangkuk berisi isi kentang . Tambahkan cheese mengikut citarasa . Kemudian kacau hingga rata.

05.Buat adunan tadi berbentuk bulatan atau bujur

06.Gaulkan dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan akhir sekali dengan serbuk roti.

07.Akhir sekali,gorengkan dengan minyak yang panas.

08.Siap untuk dihidangkan! Sedap dihidangkan dengan sos.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...