-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Wednesday, January 11, 2012
Pernah Tengok Keranda Pelik Seperti Ini ??
[SH] ACCRA - Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik? Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.
Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.
Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra. Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.
Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan. Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.
Pernah Tengok Keranda Pelik Seperti Ini ??
2012-01-11T10:00:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
berita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda