[FB] Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda
sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang
boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah
112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk
semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan
dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci
telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda
ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk
mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan
risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan
system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang
yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta
anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (
satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman
di rumah menekan punat ‘ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia
menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda
tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus
kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk
anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk
menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan
sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah
mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai
tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh
digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk
menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda
sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia
didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ‘
*3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri
sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda
mengecas telefon bimbit anda.
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak
dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon
bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda
akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon
bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila
telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon
bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya
akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang
mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia
tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi,
walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si
pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
-
Post a Comment
Komen Anda