من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Saturday, April 6, 2013

TEMBOK BESI YANG MELINDUNGI JASAD RASULULLAH SAW

[FB] Tahukah anda kenapa sebuah tembok besi telah dibina di bawah Masjid Nabawi ? Sultan Nuruddin Mahmood Zanki merupakan Sultan yang memerintah Syria.

Beliau telah membina khandak di zamannya (tembok besi di bawah Masjid Nabawi) setelah beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw yang memanggilnya kerana ada 2 orang anasir musuh (Yahudi) yang berpura-pura masuk Islam dan kemudiannya pergi ke Mekah dan Madinah untuk beribadah umrah dan ziarah.

Sedangkan hasrat sebenar mereka adalah ingin mencuri jasad Rasulullah s.a.w setelah mereka membina terowong yang panjang daripada rumah tumpangan (hotel) sehingga ke maqam Rasulullah yang terletak di dalam Masjid Nabawi.

Sultan Nuruddin Zanki adalah seorang tokoh pelopor perjuangan pembebasan Palestin di zaman pemerintahannya, perjuangannya kemudiannya telah diambil-alih oleh Solahuddin al-Ayyubi yang berjaya membebaskan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis pada 15 Julai 1187.

sumber :Dr Zainur Rashid Zainuddin pautan :DETIK ISLAM.com

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...