-
من الأيات القرآن الكريمة
Jom Ikut Mee Udang....
Sunday, February 27, 2011
Potong kaki guna pisau lipat
[SH] CHRISTCHURCH - Seorang doktor terpaksa menggunakan pisau lipat untuk memotong kaki seorang lelaki yang terperangkap dalam runtuhan batu selepas kejadian gempa bumi di New Zealand.
Pakar Urologi, Stuart Philip, 38, serta seorang lagi doktor wanita terpaksa menjalankan pembedahan dibawah runtuhan bangunan syarikat Pyne Gould Corporation selepas merangkak selama lima jam untuk mencari mangsa yang terselamat.
"Kami tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menggunakan pisau lipat untuk menjalankan prosedur tersebut."kata Philip. Ukuran badan doktor wanita itu yang kecil memudahkannya menjalankan pembedahan di kawasan runtuhan yang sempit.
Philip berada di Christchurch untuk menyertai persidangan kesihatan apabila gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda dan membunuh sekitar 113 orang penduduk bandar itu.
Potong kaki guna pisau lipat
2011-02-27T08:53:00+08:00
Restoran Mee Udang D' Tanjung
berita|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment
Komen Anda