من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Thursday, March 3, 2011

Siapa Dibalik Brigade ke-32 Tentera Gaddafi?

Khamees Gaddafi (dua dari kanan)
[REPUBLIKA] Satu "hikmah" krisis Libya bagi Moammar Gaddafi adalah penyatuan semula keluarganya. Kini, pegangan terakhir Muammar Gaddafi adalah pada sebuah unit tentera elit yang disebut Brigade ke-32. Siapa di balik pasukan khas yang dilengkapi senjata mutakhir itu?

Menurut pegawai keselamatan negara dan perisikan AS dan Eropah, seperti yang ditulis Reuters, Briged ke-32 Libya ini dipimpin oleh Khamees, putra Gaddafi. Dalam satu pendedahan dokumen rahsia AS yang jatuh ke Wikileaks, brigade ini adalah salah satu daripada "unit perlindungan rejim" terkini Libya.

Brigade ini terdiri dari pasukan terlatih dengan jumlah sekitar 10 ribu orang, kata para pegawai AS. Unit ini adalah satu-satunya angkatan bersenjata langsung yang setia kepada Gaddafi.

Beberapa saksi di Libya mengatakan Brigade 32 akhir-akhir ini terlibat dalam pertempuran melawan beberapa pasukan pemberontak. Seorang saksi mengatakan kepada Reuters melalui telefon, bahawa unit yang dikendalikan secara langsung oleh Khamees Gaddafi telah menyerang tentera awam militia anti-kerajaan yang mengendalikan bandar Misrata, 125 km dari timur Tripoli, dan telah menewaskan beberapa orang tentera awam militia anti-kerajaan.

Para pegawai AS mengatakan bahawa sementara Brigade ke-32 maju dengan semangat dan persenjataan yang moden, tidak jelas bagaimana mereka akan aktif berjuang untuk mempertahankan kuasa Gaddafi.

Namun sumber diplomat AS juga menyebut, berbanding dengan unit tentera elit di beberapa negara jiran atau di Barat, Briged ke-32 adalah "tidak sangat terampil". "Mereka tidak terlalu bagus," tambah pegawai itu.

Menurut beberapa pejabat AS, bahkan mereka mengalami kekurangan bahan bakar - masalah mengejutkan di Libya yang kaya minyak. "Situasi ini terlalu mengambang untuk mengetahui apakah rejim akan bertahan atau tidak, tapi mereka pasti berusaha untuk menahan sesuatu bersama-sama," kata seorang pegawai AS yang akrab dengan kerajaan rasmi laporan dari daerah.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...