من الأيات القرآن الكريمة
Jom Dengar Al Quran
MaCaM MaCaM BloG

Dapatkan animasi di Sini
KAMI RINDUKANMU, KEKASIH ALLAH YA RASULULLAH

Jom Ikut Mee Udang....

Wednesday, March 2, 2011

Jet tentera Libya ditembak jatuh



[MO] ALGIERS: Penentang kerajaan menembak jatuh sebuah jet tentera yang menyerang orang awam berhampiran bandar Misrata, kata saksi semalam. Misrata terletak kira-kira 200 kilometer di timur ibu negara Libya, Tripoli. Saksi berkata, sebuah pesawat pejuang terhempas ketika juruterbangnya melepaskan tembakan ke arah sebuah stesen radio tempatan.

“Penunjuk perasaan kemudian menawan juruterbang terbabit,” katanya. Saksi itu berkata, tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi bertempur dengan penentang kerajaan sejak malam kelmarin bagi menguasai pangkalan udara berhampiran Misrata.

Katanya, tentera kerajaan hanya menguasai sebahagian kecil pangkalan itu, manakala selebihnya dikuasai penunjuk perasaan. Sementara itu, harga barangan keperluan harian di Tripoli meningkat dengan drastik Seorang penduduk Tripoli berkata, harga beras meningkat 500 peratus menjadi RM122 bagi kampit seberat lima kilogram.

Keadaan itu memaksa orang ramai berbaris membeli roti, tetapi keadaan tetap sukar apabila penyokong Gaddafi berkawal di Tripoli.ALGIERS: Penentang kerajaan menembak jatuh sebuah jet tentera yang menyerang orang awam berhampiran bandar Misrata, kata saksi semalam.

Misrata terletak kira-kira 200 kilometer di timur ibu negara Libya, Tripoli. Saksi berkata, sebuah pesawat pejuang terhempas ketika juruterbangnya melepaskan tembakan ke arah sebuah stesen radio tempatan. “Penunjuk perasaan kemudian menawan juruterbang terbabit,” katanya.

Saksi itu berkata, tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi bertempur dengan penentang kerajaan sejak malam kelmarin bagi menguasai pangkalan udara berhampiran Misrata. Katanya, tentera kerajaan hanya menguasai sebahagian kecil pangkalan itu, manakala selebihnya dikuasai penunjuk perasaan.

Sementara itu, harga barangan keperluan harian di Tripoli meningkat dengan drastik Seorang penduduk Tripoli berkata, harga beras meningkat 500 peratus menjadi RM122 bagi kampit seberat lima kilogram. Keadaan itu memaksa orang ramai berbaris membeli roti, tetapi keadaan tetap sukar apabila penyokong Gaddafi berkawal di Tripoli. Pekedai pula hanya dibenarkan menjual lima buku roti untuk sesebuah keluarga.

Post a Comment

Komen Anda

Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...